Rancangan Perniagaan (RP)
1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan
Kegunaan (RP)
· Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
· Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
· Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
· Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
· Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
· Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
· Statistik
· Data ekonomi
· Data perdagangan
· Penyelidikan pasaran
Kandungan (RP)
1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan
Penyediaan (RP)
1. Pengenalan
· Nama Syarikat
· Jenis Perniagaan yang diceburi
· barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
· lokasi premis
· tarikh perniagaan dimulakan
· latar belakang industri dan tren pasaran
· Senario masa hadapan
2. Tujuan Penyediaan RP
Nyatakan sama ada:
· memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
· merancang pelaksanaan projek baru
· untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
· atau lain-lain tujuan
3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
· Nama perniagaan
· Alamat, No. Telefon
· Bentuk perniagaan
· Kegiatan utama
· Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
· No. Pendaftaran Perniagaan
· Modal permulaan, modal dibenar
· Nama dan alamat pemegang saham
· Nama bank (jika ada)
· No. Akaun Perniagaan(jika ada)
4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
· Nama, alamat, no. telefon
· Kelulusan akademik
· Pengalaman/kemahiran
5. Rancangan Organisasi/Pengurusan
· Matlamat dan strategi syarikat
· Struktur/carta syarikat
· Senarai kakitangan pengurusan
· Senarai perjawatan
· tanggungjawab setiap jawatan
· imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
6. Rancangan Pemasaran
· Analisis Pasaran
· untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
· mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
· mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
· Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
· Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
· Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
· Ramalan Jualan
· syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
· Strategi Pemasaran
· Strategi pemasaran secara keseluruhan
· bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
· kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
· Strategi barangan
· faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
· Strategi harga
· penentuan harga
· tawaran harga dan sebagainya.
· Strategi Pengedaran
· cara pengedaran dibuat
· kos-kos yang terlibat
· rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
· Strategi promosi
· teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
· Belanjawan pemasaran
7. Rancangan Pengeluaran/Operasi
· Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
· Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
· Keupayaan pengeluaran
· Rancangan pengeluaran
· jumlah pengeluaran
· keupayaan maksimum
· penyimpanan stok
· Senarai bahan mentah (jika ada)
· Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
· Pengendalian mesin/peralatan
8. Rancangan Kewangan
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
· Kos pelaksanaan projek
· Sumber pembiayaan
· modal sendiri
· pinjaman bank
· sewa beli
· lain-lain
· Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
· Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
· Analisis Titik Pulang Modal
9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.
10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC)
0 comments
Post a Comment